1 Februari 2012

Tarikh

As salam. Bila sebut je perihal tarikh mesti dalam kepala otak kita akan ingat Hari-Bulan-Tarikh kan? 

Bagi sesetengah orang tarikh ni satu benda yang mesti diingat sebab mungkin ia hari yang paling bermakna dalam hidup dia dan mungkin ada satu peristiwa penting pernah berlaku dalam tarikh tu.

Dekat twitter misalnya ada satu trend pasal tarikh yang digiat dimain sampai aku sendiri naik menyampah. Apa lagi kalau bukan trending hashtag Page 366. Apa yang seronok sangat entah duk countdown 366 tu. Tahun lepas tak ada pulak. Mungkin 2012 ni spesel kot sebab kepercayaan sesetengah orang tahun 2012 tahun Kiamat. 

Kepada orang Islam jangan kome memandai nak percaya sebab hari Kiamat tu rahsia Allah! Kalau ada yang percaya juge meh sini teman nak bagi penampor. Bior teleng pale.

So apa yang bestnya pada tarikh ni? Mungkin best bagi yang sudah berpasangan.

Ya sudah tentu ia paling best bagi pasangan sama ada yang dah berkahwin atau pun tengah hangat bercinta, tarikh pertemuan atau hari anniversary mesti diingat! Kalau salah seorang lupa mesti wujud punya lah adegan pujuk memujuk ni. Konon tak peka. Aisheh!

Tarikh ni pun penting gak untuk diingat atau dijadikan teladan. Contohnya 31 Ogos kita merdeka. So kita ambil lah ikhtibar dari perjuangan orang dulu-dulu. Jangan sampai kita ulang balik kesilapan orang dulu.

Sama hal jugak la kalau ada buat temu janji ke, event apa-apa ke mesti kita set tarikh sekian-sekian. So apa-apa hal kita sendiri lah yang nak kena ingat tarikh yang dah dirancang tu.

Ada sesetengah orang dia terlupa tarikh. Contoh janji nak jumpa esok. Dia bantai mari lusa. Lepastu bagi alasan tersalah tengok kalendar lah terlupa lah. Macam-macam.

Ce perati gambor kat bawah ni. Agak-agak la kan pada kome yang pernah couple kome ingat tak tarikh ulang tahun kome? Aku? Haram aku tak amik peduli. Birthday sendiri pun kadang-kadang lupa.

Sumber

Heh orang lelaki la paling banyak lupa kes-kes tarikh ni ye dok? Ke orang perempuan pun dua kali lima jugak? Ahaks!


"AKHIRNYA SEMPURNA"

0 comments: